Wednesday, July 9, 2014

VIVIX SHAKLEE

[ Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL ]

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, 
Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan 
polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian 
tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, 
buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi 
konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' 
untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan-kesan Utama Resveratrol

Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan 
mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". 
Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria
juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan 
terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.

Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan 
yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan 
metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. 

Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-
 

-- Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
 

-- Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli 
sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan 
jangka hayat.
 

-- Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? 

Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot 
ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan.
Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.
 

-- Membina daya ketahanan terhadap kanser -
; Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan 

agen-agen karsinogenik.
 

; Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan 
sel-sel kanser.
 

; Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.


Kebaikan-kebaikan lain:-
-- Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
-- Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
-- Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin 

di kalangan pesakit diabetis
-- Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah

--------------------------------------------------------------------------------------

[ Ulasan Tentang Vivix di Harian Metro ]
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia 
mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas 
arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol,
tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa 
pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.
Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel 
DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan 
sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia 
disebabkankebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. 
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada 
kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya
minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman 
yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh 
dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan
beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

p/s: Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita mengandung dan menyusukan anak.

----------------------------------------------------------------------------------------------

[ VIVIX - DIABETES]
Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu merawat diabetes selain 
berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat 
serangan dari radikal bebas. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan 
vivix Shaklee. Ini semuanya kuasa Allah. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.

Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 
Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis,
penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 
3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol 
dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:
Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)
Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel 
yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam 
mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular 
dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
Mengawal kepekatan gula dalam darah
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. 

Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan 
menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, 
polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan 
pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan 
pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki 
penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
Mencegah pembentukan protein AGE
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula 
berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan 
komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan 
Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.


------------------------------------------------------------------------------------------


No comments :

Post a Comment